Monday, February 1, 2010

Forum Khas " AIRMATA PALESTIN"


Malam tadi...satu Forum Khas bertajuk "Airmata Palestin" diadakan di Masjid. Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sabak dan Masjid Jamek Makmuriah. Bila mendengar ahli panel Dr Ridzuan Md Nor (Muslim care)..bergegas saya ke masjid. Memang menusuk ke hati penerangan serta kupasan Dr Ridzuan tentang Palestin. Memang sakit hati dengan penerangan tentang jahatnya Yahudi Laknatullah ni. Serang lagi ahli panel adalah Us Fauzi Husin ( Radio Pulau Pinang )..orang belah utara biasa dengan suara dia cuma kita belah sini yang tak berapa dengar atau tak berapa nak dengar. Moderator ..Us Sallehen Mukhyi..ni kita biasa la...

Cuma tang ni yang tak berapa seronok kita nak lihat. Kehadiran pendengar ..biasalah kot kuliah agama ni. Kalau konsert ramai kot. Cuma yang ada pendengar setia. Boleh lah takat 3 soff solah. Mungkin hebahan program yang tak kena..andaian saya sebab kalau dimaklunkan pada hari Jumaat lalu mungkin lebih ramai yang hadir. Mungkin program lewat tentu tarikh...segalanya mungkin. Saya pun mendapat SMS pada petang semalam. Mudahan ianya dapat diatasi dengan sangat bijaksana. Amin. Syabas diucapkan untuk pihak penganjur. Mungkin ianya boleh diulang pada Karnival Maulidur Rasul.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates