Monday, February 1, 2010

Kuliah Maghrib Us Fakhruddin Dato' Ghazali


Masjid Jamek mangadakan pelbagai pengajian untuk keperluan Rohani penduduk setempat. Terpulang kepada sekelian yang berhampiran untuk memanfaatkannya. Sebagai contoh pada setiap malam Sabtu akhir bulan pihak masjid menjemput Ustaz Fakhruddin Dato' Ghazali, penceramah yang tak asing bagi penduduk kawasan Teluk Intan untuk memberikan kuliah maghrib.

Alangkah bahagia dan beruntungnya mereka yang datang mendengar majlis ilmu yang mana hadith menyatakan ianya salah satu daripada taman-taman syurga. Alangkah malangnya mereka yang tak ambil peduli. Persoalannya apakah majlis-majlis seumpama itu khusus untuk mereka yang sudah pencen....sesamalah kita fikir..(lu fikiiir lah sendiri ...nukilan Nabil).

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates