Friday, February 26, 2010

Sekitar Karnival Maulid Rasul 1431H

Persiapan Terakhir Karnival Maulid Rasul 1431H
(angkat khemah)
Kuliah Maghrib 1
(Ustaz Ali Sarbini)





Saturday, February 20, 2010

RAIHAN DI MASJID KITA.....



Assalamualaikum ..... Karnival semakin hampir ..banner Raihan pun sudah terpapar di masjid. Jom kita ramaikan masjid kita. Apa yang penting kehadiran kita selepas ini terus kita komitted dengan kehadiran di masjid kita.
Wassalam.

Wednesday, February 10, 2010


Hanya pamplet sahaja yang dapat menggambarkan segalanya yang akan berlaku pada akhir bulan ini. Karnival Maulidur Rasul 1431H. karnival yang julung-julung kali diadakan. Kami telah mengadakan segalanya ..terpulang buat anda memakmurkannya.

* untuk lebih jelas sila klik..

Borang Penyertaan





* Sila klik pada gambar untuk saiz besar dan print.

Tuesday, February 9, 2010

Jadual Kuliah Februari 2010

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan majlis-majlis ilmu di Masjid Jamek makmuriah untuk kebaikan kita bersama
* klik gambar untuk lebih besar

Monday, February 1, 2010

Forum Khas " AIRMATA PALESTIN"


Malam tadi...satu Forum Khas bertajuk "Airmata Palestin" diadakan di Masjid. Anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sabak dan Masjid Jamek Makmuriah. Bila mendengar ahli panel Dr Ridzuan Md Nor (Muslim care)..bergegas saya ke masjid. Memang menusuk ke hati penerangan serta kupasan Dr Ridzuan tentang Palestin. Memang sakit hati dengan penerangan tentang jahatnya Yahudi Laknatullah ni. Serang lagi ahli panel adalah Us Fauzi Husin ( Radio Pulau Pinang )..orang belah utara biasa dengan suara dia cuma kita belah sini yang tak berapa dengar atau tak berapa nak dengar. Moderator ..Us Sallehen Mukhyi..ni kita biasa la...

Cuma tang ni yang tak berapa seronok kita nak lihat. Kehadiran pendengar ..biasalah kot kuliah agama ni. Kalau konsert ramai kot. Cuma yang ada pendengar setia. Boleh lah takat 3 soff solah. Mungkin hebahan program yang tak kena..andaian saya sebab kalau dimaklunkan pada hari Jumaat lalu mungkin lebih ramai yang hadir. Mungkin program lewat tentu tarikh...segalanya mungkin. Saya pun mendapat SMS pada petang semalam. Mudahan ianya dapat diatasi dengan sangat bijaksana. Amin. Syabas diucapkan untuk pihak penganjur. Mungkin ianya boleh diulang pada Karnival Maulidur Rasul.

Kuliah Maghrib Us Fakhruddin Dato' Ghazali


Masjid Jamek mangadakan pelbagai pengajian untuk keperluan Rohani penduduk setempat. Terpulang kepada sekelian yang berhampiran untuk memanfaatkannya. Sebagai contoh pada setiap malam Sabtu akhir bulan pihak masjid menjemput Ustaz Fakhruddin Dato' Ghazali, penceramah yang tak asing bagi penduduk kawasan Teluk Intan untuk memberikan kuliah maghrib.

Alangkah bahagia dan beruntungnya mereka yang datang mendengar majlis ilmu yang mana hadith menyatakan ianya salah satu daripada taman-taman syurga. Alangkah malangnya mereka yang tak ambil peduli. Persoalannya apakah majlis-majlis seumpama itu khusus untuk mereka yang sudah pencen....sesamalah kita fikir..(lu fikiiir lah sendiri ...nukilan Nabil).

Solat Khusyuf ( Gerhana Matahari )

Gambar-gambar diambil semasa menjalankan ibadah Solat khusyuf yang diketuai oleh Imam Besar Jamek Makmuriah Ustaz Shamsul Muhaimin, pada hari Jumaat, 15 Januari 2010. Majlis bermula pada jam 3.00 petang dan tamat sekitar jam 4.30 petang.

Majlis bermula dengan taklimat, solat dan bacaan khutbah.
Kesemuanya dikendalikan oleh Ustaz Shamsul Muhaimin.

Template by:
Free Blog Templates