Friday, July 23, 2010

[ "akhirnya" kuburnya berasap ]

Seusai solat subuh pagi tadi, imam Taib menghulurkan 1 bungkusan plastik dari kocek jubahnya. " Tapa, jangan lupa maklumkan pada Hassan, ada jenazah nak kita uruskan sebelum tengahari ini. Solat jenazah jam 11 pagi. Jika boleh awal sikit korek liang tu..! " pesan Imam Taib.

Ini kerana Hassan sudah 3 hari demam selepas kejadian hari itu. Maka sudah 3 hari juga dia tidak dapat bersolat subuh bersama. Mungkin masih terkejut dengan apa yg dialaminya mungkin.

Pesan imam Taib disampaikan kepada Hassan, alhamdulillah..Hassan sedikit pulih dan mengiyakan mampu utk melaksanakan kerja2 korek liang pagi itu. Lebih kurang jam 7.30 pagi selesai minum kopi di warung Hj. Hamad, maka bergerak lah mereka berdua dengan memikul cangkul dan penyodok ke tanah kubur di belakang masjid.

Demi melangsungkan amanah waris, jenazah pagi ini mahu dikebumikan disebelah pusara ibunya yang telah 5 tahun pergi ke alam baqa. Setibanya ke kawasan kubur,

" San, cuba kamu tengok...! Itu..kubor yang kita korek 3 hari lepas..!! " tiba-tiba gementar yang bukan kepalang menyelinap ke seluruh tubuh Tapa. " Subhanallah...!! asap apa yang keluar tu..!! "

" San..itu bukan asap orang bakar rumput, asap tu keluar dari kubur San..! " gersik Tapa dengan suara terketar-ketar. Hassan yang dari tadi terus tegak berdiri, terkejut tanpa menguit sedikit pun dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Matanya tajam terarah ke kubor yang digalinya 3 hari lepas.

Kubor itu milik jenazah wanita yang tanahnya keras macam batu, yang runtuh bila siap digali, dan menyempit bila keranda siap mahu diturunkan, digenangi air entah dari mana terbitnya..Allahuakbar ! Benar kata Tapa, kubur wanita itu memang berasap. Asap itu dari dalam tanah. Dari dalam kubur !

Hari itu gempar orang ramai di kampung itu tentang misteri asap keluar dari kubor. Apa tidaknya, aib itu tidak dapat dielakkan kerana pagi itu ramai yang datang ke masjid dan tanah perkuboran kerana ada mayat yg mahu dikebumikan. Ini kerana kubor itu terus mengeluarkan asap tanpa berhenti.

Iktibar apa yang mahu ditunjukkan oleh Allah swt. atas aib ini ? Maha Besar Allah swt. yang Berkuasa. Petang itu imam Taib segera menziarahi suami arwah serta keluarganya. Rupanya khabaran itu telah pun diketahui awal lagi oleh keluarganya. Sehari selepas mayat arwah isterinya dikebumikan. Kebetulannya, sehari selepas itu suaminya datang menziarahi pusara arwah isterinya di situ. Dan ketika ziarah itu, perkara benar itu dilihat, asap memang sudah mula keluar dari dalam tanah kubor betul2 dari lubang lahat jenazah arwah isterinya itu dikebumikan.

Dari apa yang diceritakan kepada imam Taib, sepanjang hidup arwah isterinya itu di dunia dapatlah diringkaskan seperti dibawah sebagaimana dimaklumkan oleh ibunya serta suaminya bahawa :

Isterinya itu selalu melawan suami. Derhaka kepada ibunya sendiri. Malah arwah isterinya juga seringkali memberitahu bahawa dia sering berzina dengan kawan-kawan lelakinya tanpa pengetahuan suami. Makan luar ! Itu perkataan tepatnya. Dia tidak puas bersama suaminya. Dan ketagihan zina itu berterusan.

Malah kegiatan itu sudah mendarah daging lagi sejak sebelum berkahwin dengan suaminya. Hal itu diceritakan oleh rakan2 arwah setelah berita kubornya berasap heboh tersebar di daerah itu. Sungguh benar, wanita yang juga arwah isterinya itu memang cantik dan putih orangnya. Tetapi oleh kerana sikap buas dan bebasnya itu maka kehidupan sosialnya sangat melampaui batas.

Oleh kerana arwah itu cantik dan seksi, maka ia cukup digilai oleh ramai lelaki termasuklah bos-bos besar kilang ditempatnya bekerja. Siapa yang tidak kenal Pulau Pinang yang terkenal dengan industri dan 'minah kilang' di era tahun 80-an dan 90an dahulu ? Kebetulan perisitiwa ini berlaku di negeri itu di daerah paling selatan dan bersempadan pula dengan negeri Perak.

Malah aktiviti 'makan luar' isterinya itu berterusan berlaku selepas berkahwin. Bukan hanya melayu, malah cina, benggali, mat saleh pun pernah menjamah tubuh seksi dan cantik arwah. Sehingga suatu ketika, arwah pernah termengandung anak haram, tetapi digugurkan di sebuah klinik swasta berhampiran Bayan Baru. Orang Penang mesti tahu klinik itu. Suaminya betul-betul seperti orang gajinya sahaja.

Ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan ibunya sendiri, arwah terus jadi lupa daratan. Ibunya tidak ubah hanya dijadikan 'hamba'nya dirumah, pernah beberapa kali ibunya ditampar dan dipukul oleh arwah atas beberapa kesilapan kecil yang berlaku.

Ketika dimaklumkan bahawa kubor arwah anaknya berasap, ibunya hanya mampu menangis. Ini kerana dosa arwah terhadap ibunya itu memungkinkan dosanya tidak diampunkan oleh ibunya sendiri.

Setelah bermuafakat, bacaan yaasin dan tahlil diadakan pada setiap malam. Ini kerana kubor itu terus berasap hampir sebulan lamanya. Asap yang keluar pula berbau busuk. Seperti bau daging dipanggang. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan bacaan yaasin dan tahlil diadakan, serta perbincangan keluarga antara suami dan ibu arwah, pada hari yang ke 33 tidak ada lagi asap keluar dari bumi, dari lubang kuboran arwah.

Kisah yang sungguh mengemparkan di daerah itu. Malah hampir 2 tahun kuburan itu tidak ditumbuhi sebarang rumput. Tanahnya hitam seperti terbakar. Permukaan tanahnya kontang dan merekah seperti dilanda kemarau yang panjang.

Iktibar yang dituliskan pada paparan hari ini sungguh besar untuk dimanfaatkan oleh pembaca ABO. Ia kisah benar dan telah terjadi. Jauhi zina, jangan derhaka kepada ibu sendiri, taati ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan taatlah kepada suami, jangan berlaku curang, kerana kecurangan itu tanda berat untuk dosa yang lebih besar. Jangan derhaka kepada suami.

Dan Ingatlah bahawa balasan Allah swt. atas hambanya yang melampaui batas itu tidak terhijab, malah ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
___
(*) Kisah ini telah diceritakan oleh seorang alim, kepada penulis (radens) pada minggu lepas dan eksklusif untuk paparan di albanjari online dan dipanjangkan untuk blog jamekmakmuriah

Sunday, July 18, 2010

[ Bouncer rebah di riba GRO ]

Siapa yang tidak kenal hamid (bukan nama sebenar). Tubuh sasa, dada bidang dengan bulu lebat di dada. Berkulit putih cerah. Biarpun tidak tinggi macam Arnold Schwarzenegger, tapi rangka tubuhnya mantap seperti hero Terminator pujaannya. Hamid sekadar tamat SRP, namun rezekinya lebih hebat dari rakan2nya yang ada degree. Punya kereta mewah ratusan ribu. Hebat dan bergaya.

Sebut saja nama Hamid, tokey niteclub, pub mana yang tidak kenal. Beliau 'kepala' kepada bouncer. Dibawahnya saja hampir ada 30 orang bouncer. Dan kerana statusnya itu, hamid mampu menikmati kehidupan mewah dan eksklusif.

Hampir 70% kelab malam di bandaraya itu dijaga oleh bouncernya. Tidak hairan jika hamid sering dikelilingi pula dengan wanita-wanita yang seksi dan mengiurkan. Lebih-lebih lagi dengan sasa tubuhnya pasti jadi idaman wanita kelab utk mendampinginya setiap masa.

Betul-betul hamid berada di puncak syurga dunia. Syurganya yang dipenuhi dengan limpahan arak, wanita dan lendir-lendir nafsu.

Lebih kurang 3 tahun yang lalu terpahat kenangan dan pengalaman saya yang masih segar terpahat di jiwa apabila saya diminta untuk menguruskan jenazah seorang lelaki yang tidak saya kenali.

Tanpa ada syak dan ragu saya tampil memenuhi permintaan ahli waris yang menghubungi saya bagi menguruskan jenazah tersebut kerana sudah menjadi tanggungjawab saya apabila ada orang yang meminta bantuan untuk menguruskan jenazah, walaupun ia sebenarnya adalah fardhu kifayah sahaja namun menjadi wajib kepada mereka yang diminta untuk menguruskannya sehingga sempurna.

Pagi itu ketika saya sampai di bilik pengurusan jenazah, seperti biasa saya akan mendapatkan mayat yang sudah terbujur kaku diatas platform mandi. Ini penting untuk kerja-kerja mengukur bagi mendapatkan ukuran jenzah dengan tepat sebagai persediaan menyediakan kain kafan.

Umumnya pada pagi itu jenazah tersebut tampak kelihatan seperti biasa sahaja. Tanpa lengah saya terus melakukan kerja-kerja memotong kain kafan dan membuat persiapan yang selayaknya kepada jenazah tersebut di bilik sebelah.

Hampir 15 minit kerja2 menyediakan kain kafan selesai disudahkan. Kini saya kembali semula ke bilik mandi jenazah untuk proses seterusnya. Jenazah ketika itu masih berpakaian rapi, dengan t-shirt yang ketat dibalut pula dengan kameja mahal.

Sebenarnya agak sukar kami mahu menanggalkan pakaian dari tubuhnya. Ini kerana tubuh mayat ini telah mengeras. Jika dikira tempoh masa kematian mayat ini tidak sampai pun 8 jam, tetapi mengapa keras benar, selalunya tidak begitu..fikir saya dalam hati. Tiada pilihan lain, pakaiannya termasuk baju dan seluar terpaksa digunting.

Setelah saya tanggalkan pakaian jenazah tersebut saya dapati ada bau yang kurang menyenangkan mula menusuk-nusuk rongga hidung. Baunya sungguh tidak menyenangkan. Saya belek setiap anggota jenazah tersebut untuk mencari punca bau itu keluar namun saya yakin ia keluar dari dubur jenazah tersebut.

Kini jenazah ini siap saya balutkan dengan kain putih antara bawah dada hingga bawah lututnya sebagai kain basahan. Ia adalah proses biasa bagi saya ketika sampai diperingkat untuk memandikan.

Tiba-tiba sahabat saya memberitahu, "ustaz....tengok ni..! " sambil jari tangannya mengarah kebahagian dada jenazah tersebut. " Subhanallah " saya lihat dadanya tiba-tiba menjadi lebam dan berubah kehitam-hitaman. Jika sebelum ini ketika menanggalkan pakaian jenazah tadi tidak pula kelihatan kesan lebam di dada mayat itu. Tiba-tiba sahaja dadanya menjadi hitam.

"ustaz..air apa pulak ni..cuba ustaz perhatikan di bahagian dada..tu ! " Allahuakbar..ni apa pulak ujian kat kita" ujar saya kepada teman yang membantu. Saya dapati kesan lebam itu semakin lama semakin ketara dan sangat hitam, malah terbit air-air lendir yang keluar dari liang-liang roma simati dengan baunya yang sangat busuk. "Subhanallah" cukup tidak menyenangkan malah bau yang terbit itu sangat menganggu kami untuk menguruskan jenazah itu seterusnya.

"kita urus macam biasa" ujar saya kepada teman-teman. Dan dengan lafaz "bismillahirahmanirrahim" dan membaca niat untuk memandikan jenazah saya mula menyiram jenazah tersebut dengan air perlahan-lahan dan meratakan keseluruh bahagian anggotanya.

Lebam kehitaman di dada mayat itu semakin ketara dan semakin merebak hingga ke bahagian kerongkongya. Kami buat tak tahu sahaja.....sambil meneruskan apa yang selayaknya kepada jenazah semasa 'dia' dimandikan.

"ustaz...ustaz ! lihat muka mayat ni..pasal apa jadi macam tu !! " sekali lagi teman saya mengejutkan saya lantas saya berpaling kearah muka jenazah. Subhanallah, sekali lagi saya terkejut bila saya dapati keadaan mukanya seperti hangus terbakar, lebih hitam dari lebam-lebam di dada dan anggotanya yang lain.

"allahumma anta rabbi la ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin" Saya mula tidak sedap hati kerana melihatkan keadaan mayat tersebut seakan sudah meleyuh sebahagian tubuhnya dan mengeluarkan bau yang sangat busuk serta tidak menyenangkan hidung saya dan teman-teman.

Kalau ikutkan rasa, nak saja saya tinggalkan mayat tersebut, sebab dah tak tahan dengan baunya....tapi kami gagahi juga hinggalah selesai proses memandikannya.

Apabila selesai sahaja kami mandikan jenazah tersebut dengan segera kami kafankan jenazah tersebut dan saya tidak benarkan wajahnya dilihat oleh ahli waris dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Dan oleh kerana, arahan itu membuatkan timbul sedikit kekecohan diluar bilik mandi mayat. Mendengar saja saya tidak izinkan, ada ahli waris yang tidak puas hati. " kenapa ustaz? Saya kata, " adalah lebih baik jangan lihat dahulu sehingga sampai di tanah kubur semasa dia hendak dikebumikan nanti....." akhirnya mereka akur biarpun ramai yang tidak puas hati.

Ikatan terakhir kain kafan telah disimpulkan , maka selesai urusan untuk mayat ini. Sebaik sahaja selesai saya bertanya kepada ahli warisnya akan punca kematian lelaki ini. " kami pun tak tahu..ustaz" kata mereka. "cuba ustaz tanya kawan dia tu sebab dia ada sekali.."

Saya pun terus merapati lelaki yang dimaksudkan. " bang...nak tanya sikit" saya bertanya. " Kenape ustaz? Si polan ini mati bila dan kat mana serta kenapa? lebih kuranglah soalan yang saya ajukan kepada lelaki tersebut. "susahlah nak cerita ustaz....." kenapa? saya bertanya lagi. Begini ustaz "si polan tu bos saya...juga kawan saya, kami selalu lepak kat night club... karaoke...semalam dia 'minum' banyak....tiba-tiba dia sesak nafas kemudian dia terus rebah di atas pangkuan kawan-kawan."

" lelaki ke perempuan? " saya nak kepastian. " perempuan ustaz..girlfriend dia jugak, GRO di kelab tu " jawab lelaki tersebut.

Saya terdiam sambil menundukkan kepala. Sebenarnya saya terkesima dengan jawapan kawannya itu.

Nak kata apa lagi, sekadar boleh tepuk dahi dan garu kepala yang tak gatal sebagai tanda protes. "kenapa ustaz tanya? ada apa-apa tak kena ke?" soal lelaki itu kepada saya. " ada sikit problem kat mayat tu mas kami uruskan.." jelas saya pendek dan jawapan itu buat lelaki itu jadi terpinga-pinga.

Saya pesan kat lelaki tu, " kena berhentilah ke night club dan minum arak tu, takde faedahnya....kita akan mati bila-bila masa sahaja....bertaubatlah selagi Allah membuka pintu taubatNya kepada kita, kalau abang nak tahu nanti dah sampai kubur cuba abang buka dan lihat wajah mayat kawan awak tu, kemudian abang telefon saya...boleh ? ini kad saya atau datang jumpa saya pun tak mengapa.

Selang beberapa hari dia menghubungi saya dan ingin berjumpa dengan saya. Lalu kami berjumpa selepas solat jumaat di surau (solat jumaat) di surau al-Munir Taman Lestari Perdana. Ketika berjumpa saya terus dia peluk saya dan menangis. "saya takut ustaz.." Saya takut" "boleh tak ustaz bantu saya? .." Insyaallah.." jawab saya ringkas.

Dan saya tahu mengapa lelaki ini berkata demikian. Sudah pasti lelaki ini telah melihat wajah mayat itu.

Kepada sidang pembaca , baca dan fikirlah sendiri......kalau rasa diri tu hidup selama-lamanya teruskan ber'night club' dan tongganglah arak sebanyak-banyaknya dan sokonglah orang yang menyokong arak dan yang beri lesen arak dan yang beri lesen kelab-kelab malam. Habuannya Allah akan ganjarkan untuk anda. Tunggu lahh..kerana saat itu pasti akan tiba. Ajal maut itu pasti. Dan janji Allah itu benar.

(*) Tulisan ini adalah tulisan pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza @ MRK albanjari. Mari jadikan ia satu iktibar buat diri kita.

Friday, July 9, 2010

[ Jenazah istimewa dan dirahmati Allah ]

Ustaz Mansor yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia .

Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Gambar hanya sekadar hiasan
Saya akan memulakan kisah ini dengan kisah yang berrlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni.

Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!

Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan l ain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian. Pihak hospital X telah memanggil ustaz Mansor untuk urusan mandian jenazah.

Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!

Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.

Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehingga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz Mansor.

Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!

Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.

Lapan hari berlalu. Ustaz Mansor sudah mula hampir melupakan tentang jenazah imam ini. Tetapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz Mansor berbunyi.

“Nampak macam nombor hospital nie”, getus hati ustaz Mansor.
“Hello, ustaz Mansor ke?”… satu suara bertanya.
“Ya, ana yang bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar
tempohari?”, suara pemanggil meminta kepastian.
“Imam…imam. …yang mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. ingat… “, ustaz Mansor
memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang ke hospital skrg dan uruskannya.. ”, beritahu
pemanggil dengan ringkas.
“Ok..ok…, sekarang juga ana bergerak, setengah jam lagi insyaAllah ana sampai! “,
balas ustaz Mansor.

Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak menguruskan dokumennya.

Sampai saja di hospital, ustaz Mansor yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah ini orang luar.

Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz Mansor menarik ’stretcher ‘ dari kotak peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan.

Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Anda tak payah jawablah.., Seolah-olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi.

Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz Mansor kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”!

Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.

Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz Mansor mahu menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahagiakan kan ? Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Mengikut ustaz Mansor lagi, selepas semua urusan selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT di saat masa kematiaannya.

Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.

Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Monday, July 5, 2010

[ anak bapak jiwa hapak ]

(Kisah ini berlaku pada tahun lalu, pengalaman benar yang dialami sendiri oleh Ustaz Reza atau dikenali di sini dgn nama pena MRK albanjari)
Foto yang diterbitkan sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan kisah benar dibawah - makluman
2.15 pagi Saya menerima panggilan telefon dari Hospital Serdang yang meminta saya agar dapat menguruskan jenazah yang meninggal dunia kerana serangan jantung dalam kadar yang segera. Atas dasar tanggungjawab, saya bersama seorang lagi teman pembantu terus bergegas ke hospital yang jaraknya 20 minit perjalanan dari rumah saya. Di saat warga kota metropolitan tidur nyenyak diulit mimpi, saya dan sahabat pula akan menguruskan jenazah yang telah kembali bertemu Penciptanya.

2.40 pagi Saya selamat tiba di perkarangan bilik mayat hospital Serdang. Kehadiran kami disambut oleh beberapa ahli waris simati, setelah memperkenalkan diri dan tugas saya terus menuju ke bilik mandi mayat hospital. Aneh, dan bermacam gambaran terbit dibenak fikiran, ahli waris yang ada ini sudah pasti anak kepada si mati, tetapi mengapa pula begitu pakaiannya?

Ini perkarangan bilik mayat, bukan pub atau kelab malam. Yang perempuan masih sendat dengan pakaian ketat menampak lurah dada dan peha, manakala yang lelaki pula ada yang bersubang sebelah. Yang berseluar pendek juga ada. Subhanallah. Jika dilihat kepada deretan kereta mewah di perkarangan bilik mandi mayat ini jelas sungguh mereka ini dari golongan kaya dan berada. Kini saya telah berada di dalam bilik pemandian jenazah, dihadapan kami, diatas platform telah menanti sekujur tubuh kaku.

Mungkin ini jenazahnya yang kita nak uruskan, bisik saya kepada sahabat pembantu. Tanpa membuang masa, saya pun terus mengukur ketinggian jenazah dan lain-lain perkara untuk urusan menyediakan kain kafan sebagai pakaian terakhir mayat ini. Setelah selesai menyediakan kelengkapan kafan bersama sahabat saya, kami kembali semula masuk ke dalam bilik mandi mayat untuk memandikan mayat itu pula. Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 3.20 pagi.

Sungguh besar tubuh mayat ini, sudah ler besar..gempal pula. Jika dilihat dari fizikalnya, mungkin usia jenazah ini lewat 60 an. Oleh kerana saya dan sahabat yang menjadi teman setia saya untuk menguruskan jenazah, dan kami pula masing-masing bertubuh kecil tentu agak sukar bagi kami mengendalikan urusan memandikan mayat ini, mahu tidak mahu bantuan dari ahli waris yg lain sangat diperlukan. Maka saya pun pergi keluar untuk mendapatkan bantuan daripada ahli warisnya bagi membantu kami menguruskan jenazah tersebut.

Ketika saya keluar dari bilik mandi mayat tersebut untuk mendapatkan bantuan saya dapati ahli warisnya sibuk dengan urusan sendiri dengan pelbagai gaya dan rupa, maklumlah awal pagi..ada yang terlentok tidur...bersembang, bersms dan ada juga yang membaca akhbar. Saya merapati ahli waris yang menyambut saya tadi dan memaklumkan kepadanya bahawa saya perlu bantuan untuk menguruskan jenazah bapa mereka kerana saya tidak mampu melakukanya tanpa bantuan mereka, ini kerana jenazah yang mahu diuruskan itu bertubuh besar dan berat.

" Ustaz, kami tak boleh bantu sebab kami tak pandai. Ustaz jer lah yang buat...berapa pun upahnya kami akan bayar....! Seribu, 2 ribu..cakap saja. Kami bayar ! Tak kan ustaz tak boleh angkat ? Ajak la kawan2 ustaz yang lain...kami bayar! Tak cukup kami tambah lagi...." ujar anak si mati sambil disampuk pula oleh beberapa orang lagi. Dalam hati saya berkata, betul..lah mereka2 ini 'anak bapak'. Gila kah apa, tak mungkin saya boleh angkat badan mayat tersebut yang saiznya 2 kali ganda saya...bukan masalah duit....kerana saya bukan bekerja ambil upah mandikan mayat.

Nak panggil kawan-kawan? Sasau kaa ape ? Pukul 3.30 pagi ni beb! Saya beritahu mereka bahawa saya memang tak daya dan tak kuat nak angkat mayat tu untuk buka seluar dan pakaiannya. Saya kata kalau mereka tak nak bantu.., saya nak balik sekarang.., lepas ni uruskanlah sendiri mayat bapa kamu tu ! bentak saya dalam nada suara tegas.

Mereka tiada pilihan. Mahu tak mahu akhirnya mereka menggalah dan mereka arahkan pemandu2 mereka sekali masuk membantu saya menguruskan jenazah tersebut. Apabila mereka masuk dalam bilik jenazah tu saya masih mendengar rungutan kecil dari mulut beberapa orang anak simati yang tidak jelas butir katanya namun saya buat tak tahu saja.

Tiba-tiba seorang dari mereka berkata, " eh..cincin ayah ni belum buka lagi laa...cincin mahal ni...." saya terus memandang ke arah jari yang dimaksudkan dan memang saya dapati simati memakai sebentuk cincin emas yang besar. Tanpa lengah si anak tadi terus cuba untuk menanggalkan cincin tersebut namun usahanya gagal kerana cincin itu sudah mengecil sebab jari simati itu besar, mungkin simati sudah pakai cincin itu dalam tempoh yang sudah lama. Berbagai iktiar serta cara digunakan termasuk melumurkan air sabun di jari simati, bagi mengeluarkan cincin tersebut namun tetap gagal.

Saya biarkan sahaja apa yang mereka nak buat sebab mereka benar-benar nak keluarkan cincin tu lagi pun bagi saya memang wajib dibuka sebab cincin tu adalah sebahagian dari harta pusaka simati. Saya rasa lebih kurang 20 minit baru usaha mereka berjaya. Berjaya menanggalkan cincin tersebut dari jari simati. Alangkah terkejutnya saya apabila saya lihat rupa-rupanya si anak tadi menanggalkan cincin itu dari jari simati dengan cara kasar, saya dapati hampir separuh kulit jari mayat itu terkoyak akibat dari sentapan kuat untuk menanggalkan cincin tersebut. Tak tahukah mereka, bahawa tindakan mereka itu menyiksa mayat/simati yang juga bapa mereka. Memang 'anak bapak' sungguh waris simati ini.

Dengan bantuan supir-supir anak simati itu, maka siap juga mayat ini kami mandikan. Sungguh jelik bila melihat gelagat anak-anak simati ini apabila tidak seorang pun yang mahu membantu memandikan jasad kaku bapanya, sekadar memerhatikan dari jauh.

Setelah selesai jenazah dimandikan sekali lagi saya minta mereka mengangkat jenazah tersebut ke atas tempat kafan, Alhamdulillah pada kali ini mereka membantu mengangkat jenazah tersebut dan tanpa lengah terus membalut tubuh simati dengan kain kafan yang sudah sedia menanti pemakainya.

4.30 pagi Siap kafan, saya terus berwuduk untuk mensolatkan jenazah tersebut dan saya ajak mereka termasuk anak-anak simati untuk bersama bersolat atas jenazah ini.

Tetapi sungguh sedih bila anak-anak simati berkata, " kami tak tahu nak solat jenazah, ustaz sajalah..!" Apakan daya saya lagi, tak kan masa itu saya nak ajar mereka kaifiat solat jenazah....lalu saya bersama teman tadi mengangkat takbir untuk solatkan jenazah, dari peristiwa ini saya dapati inilah sebenarnya ragam hidup masyarakat kita yang menjauhkan diri dari agama...ayah pula gagal mendidik anak-anak dengan agama yang akhirnya turut merugikan dirinya sendiri jua.

Sesuai dengan peringatan Nabi, " apabila matinya anak adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu anak-anak yang soleh yang mendoakannya....."

Hmm.., nak doa apa bendanya kalau anak tidak di didik dengan agama. Seperti mana peristiwa ini dimana anaknya boleh kata kami tak tahu solat jenazah dihadapan jenazah ayah mereka sendiri. Subhanallah, Maha Berkuasa Allah swt. atas makhluk, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Besar.

[ mayat yang dimuliakan Allah ]

Alhamdulillah, InsyaAllah, mulai Julai ini siri tazkirah pagi yang pihak editor JM mencedok dari editor ABO akan membawakan kisah-kisah iktibar yang baik untuk dimuhasabahkan bersama di blog ini. Dengan sokongan daripada beberapa pengalaman benar para sahabat-sahabat yang menguruskan mandi jenazah, tukang korek liang lahat, dan imam-imam, diharapkan kisah yang dipaparkan mampu memberi lebih ketaqwaan dan ketaatan kita kepada Allah swt.

Ustaz M telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Cerita ini diceritakan ketika beliau mengendalikan Kursus pada hari kedua yang bermula pada jam 9.15 pagi.

Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu l ain dan ada yang nampak berzikir.
Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.

Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti.

Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….Semua para jemaah terus diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika.

Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.

Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan l ain yang boleh diucapkan selepas itu melain kan, “Innalillahi w ain na Ilaihi roojiuun…” .

Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmum yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.

Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada dibelakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan.

Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik k ain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?

Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah.

Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah l ain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M. Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah…”
_
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam l ain , agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. Pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-Nya!

Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah arwah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.

Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua’lam.
“Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

Template by:
Free Blog Templates