Tuesday, August 31, 2010

[ HUKUM AURAT WANITA ISLAM ]

Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.

Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326) beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar

Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat masalah pertama).

MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.

MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.

Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad)

Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).

MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian (hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri

Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi. Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik beradik lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.

Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

{Surah Al-Ahzab:36}
.
Allahu A'lam

Monday, August 16, 2010

[ kelebihan berlapar ]

7 Ramadhan 1431 H

RAMAI yang menyatakan ketika di bulan Ramadan, kita perlu balik awal dan kurang bekerja kerana tanpa makanan, kita mempunyai tenaga yang kurang untuk melakukan pekerjaan.

Tambahan lagi, ramai yang tidak menyedari bahawa berlapar mempunyai banyak faedah selain merehatkan sistem penghadaman kita selama sebulan.Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“Tiada suatu kejahatan yang dilakukan oleh anak Adam melainkan memenuhi perutnya dengan makanan. Dan memadailah dengan anak Adam itu makan makanan yang sedemikian sekadar mendirikan tulang belakang bagi mendirikan solat. Sekiranya ia tidak dapat untuk melakukan kehendak tersebut (makan makanan yang sedikit), maka hendaklah ia membahagikan perutnya itu kepada tiga bahagian; sebahagian untuk makanan, sebahagian untuk minuman dan sebahagian lagi untuk nafasnya ". (Diriwayatkan oleh At-Tarmizi).

Hadis ini merupakan suatu kaedah yang unik dan tersendiri oleh Rasulullah bahawa Baginda menjelaskan segala jenis ‘kejahatan’ adalah berpunca daripada makanan.
Maka disuruh umatnya agar makan sedikit sahaja, cukup sekadar untuk memberikan tenaga agar dapat mendirikan solat.

Uniknya, seruan Rasulullah ini bukan disarankan semata-mata ketika di bulan Ramadan, ia adalah seruan yang merentasi sepanjang tahun.

Jika kita dapat membiasakan diri untuk berbuat sedemikian, maka pada bulan Ramadan, perut kita telah dilatih dan tidak terperanjat kerana tiba-tiba kita memberhentikan corak pemakanan kita seharian.

Itulah sebabnya ramai masyarakat yang berpuasa merasakan letih. Ia berpunca daripada kelemahan kita melatih diri untuk mengawal nafsu sepanjang tahun.

Berapa ramaikah manusia di dunia pada masa anda membaca artikel ini berada dalam keadaan lapar?

Di Darfur, Somalia, mangsa gempa bumi, mangsa peperangan, mangsa wabak penyakit, mangsa banjir, dan juga mangsa hutan terbakar di luar negara, ramai berada dalam keadaan lapar dan dahaga yang ekstrem sedangkan kita di sini merungut kerana terdapat terlalu banyak pilihan untuk berbuka puasa.

Berlapar menyebabkan kita insaf dengan kemewahan dan kesenangan yang telah dikurniakan Allah kepada kita selama ini. Berlapar mengajar kita untuk bersifat sederhana dari segi perlakuan kita.

Orang yang sentiasa membiasakan dirinya berada dalam keadaan lapar dan membanyakkan dirinya bertafakur ke atas nikmat Allah mempunyai banyak kelebihannya seperti yang digambarkan oleh Rasulullah di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menceritakan kepada malaikat dengan kemegahan mengenai hamba-hambanya yang kurang makan dan minum di dunia dengan kata-Nya kepada para malaikat: “Lihatlah kepada hamba-Ku yang aku berikan makanan dan minuman. Maka mereka meninggalkan kedua-duanya kerana Aku. Bersaksilah wahai malaikat, segala makanan yang ditinggalkan akan aku gantikan makanan ini beberapa darjat dalam syurga.”

Sesungguhnya kehidupan kita di bumi bertuah ini menyebabkan kita sering terlupa akan bahayanya makan secara berlebihan dan sentiasa dalam keadaan kenyang.

Ini kerana banyak makan menyebabkan hati kita mati. Makan banyak juga menyebabkan kita lambat bertindak daripada segi amalan, penerimaan ilmu, membuat keputusan dan lain-lain perbuatan.


Friday, August 13, 2010

[ Firaun Zaman Moden - Siri Akhir ]

Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah di kala MatinyaKEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab. Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.


Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah. Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya.

Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut. Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun.

Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi. Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk.

Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.

Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat.

Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.

Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa. Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian.

Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa. Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya,
Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang.

Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara. Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh.

Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah. Sebelum tiba saat matinya, dia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.

Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya. Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas.

Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas. Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: "But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom".

Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan "ubat-ubat kampung" (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.

Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar.

Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut. Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building.

Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat. Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI.

Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu.

Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan "kepulangannya" kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut.

SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan. Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini. Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf "biasa" bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.

Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai "WAY OF life" dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain." Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.

Musuh Islam atau yang setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk, tidak akan dapat menyekat kebenaran. Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.

Thursday, August 12, 2010

[ air busuk dari kubur ]

Nama lelaki ini Ali (Bukan nama sebenar). Dia bujang lagi tapi sudah berumur 40an. Dia hidup sebatang kara.Mak ayah dah tak ada tapi adik beradik ramai, namun semuanya sudah berhijrah ke pekan2 besar. Nak dijadikan cerita pada hari sabtu waktunya dalam tengahari si Ali ni pergi la ke kedai untuk beli sedikit barang.


Dia tido...sampailah tengahari hari ahad. Orang kampung jumpa badan dia penuh dengan semut kerengge. Periksa punya periksa, INNALILLAH.. sudah meninggal rupanya si Ali ni. Badan dia pun dah keras kerana maybe dah lama meninggal, lewat tengahari baru orang kampung jumpa.

Ali ni ada la beli insurans..paling banyak pun kalau boleh dapat dalam RM10k jek pasal kes mati mengejut. Disebabkan adik-beradiknya yang jarang balik jenguk dia ni meleleh air liur nakkan RM10K tu. Macam ler duit tu banyak sangat. Sanggup pulak setuju untuk buat post-mortem kat jenazah si Ali...korang tau la nak wat post-motem ni cam maner...habis sumer di belah..otak, perot....kejam betoi ! Yang paling kejam adik beradik si Ali ni la. Dah la jenazah Ali ni terasa sakit sakaratul maut masih tak hilang lagik..pastu kena belah, toreh pulak. Siksa mayat yeop !

Okay. Dah settle citer yang nih...masa nak kebumikan Ali ni tak ada apa-apa masalah. Cuma yang aku nak citer kat sini ialah jiran sebelah kubur dengan Ali nih. Makcik nih sekampung la jugak dan telah meninggal baru sebulan. Masa nak kebumikan jenazahnya, 3 kali dorang korek liang kubur tetap tak boleh muat-muat nak masukkan jenazah..pastu dorang buat macam maner aku tak tahu ler, masukkan jugak la kot.

Time nak korek kubur untuk si Ali ni air yang bertakung dari kubur makcik sebelah nih pulak bertakung kat tepi kubur si Ali. Biasanya bila hujan, memang becak la kawasan kubur . Dan air dari dalam tanah, mau tidak mau terbit juga ke permukaan. Subhanallah...baunya punya la busuk ya..amat..! Biasalah bau mayat yang baru pecah perot.

Orang kata makcik ini masa hidupnya suka ambik tanah sempadan orang..kira macam gila tanah la camtu. Cerita ini aku dengar dari pak, mak mertua dan adik ipar aku yg menyaksikan peristiwa itu depan mata dorang.

[ Firaun Zaman Moden - Siri 1 ]

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).


Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.' Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M),
tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...... Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Belaiu telah mengubah ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan.

Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan.

Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut.

Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu.

Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh diperairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana pada 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini. Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas,
"Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam".
Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami."

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu menjadikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin. Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki.

Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadi presidentnya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini.

Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudiannya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).

Template by:
Free Blog Templates