Sunday, February 27, 2011

[ Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar ]

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan
kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan
urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia . Beliau amat
terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah
beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur
semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang
dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia
ketika lepas solat Asar.

Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai
memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud
saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati
ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin
(medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan
pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah.
Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi
beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada
pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika
mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital
telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang
pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah
mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya
seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu
jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak
berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang
berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah
tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum
itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang
dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam
tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf,
saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital
X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar
tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam. ...yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat...
", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu
sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa
hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak
hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di
bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital
dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam
tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah
ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ.
Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling yang
memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku mayat tersebut
dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga
berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal
sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang
sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan
membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku...terdapat pula
pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan
"ALLAH"!
Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan
lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT
meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.
Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan
?....
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera
sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan
jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja
yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada
rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup
sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa
kematiaanya.
Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada
seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan
semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat
tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula
oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah,
yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang
meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada
jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada
jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat
sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan
ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya
sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus
pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni,
paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang
sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada
menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga
jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti.
Meneyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan
sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom
Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba imam ini
terdiam....
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya
memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana
hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor
keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana
yang tengah berwudhu' nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang
sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah
yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel
yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah,
dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk
ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun
untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin
membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat
setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga
yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang
baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam
yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas
terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di
belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan
tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk
atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan
khutbah tadi...dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun
meninggal dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah,
ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat
beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan
peliknya?... .
Ya,
Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih
mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup.
Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz
M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi
sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia
menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M...
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah
imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini
nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur
memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah
dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat
sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi
bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan
bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya
ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun
dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa
inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada
perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada
isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah
pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu
rupa sejak dari alam dunia lagi.
Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah,
perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia
boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha
dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan
sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
"Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan
oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
[101] "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku
sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari
ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau
Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku
(ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan
orang-orang yang soleh".

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates