Monday, May 20, 2013

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH 2013


Assalamualaikum  .....

Muslimin yang dirahmati Allah. Musim cuti sekolah menjelang lagi. Seperti lazimnya ibubapa serta  penjaga mula mengira dan mencongak apa yang akan dilakukan oleh para anak-anak sepanjang cuti. Ramai anak-anak terbiar mengurus cuti tanpa panduan serta seliaan ibubapa serta penjaga walaupun ada dari kalangan penjaga yang perihatin. Hasilnya ramai anak-anak bercuti tanpa mendapat apa-apa manfaat dari cuti mereka. Rehat, game, lepak, tidur serta merayau dari awal pagi sehingga ke petang.


Pihak Masjid Makmuriah telah mengatur program untuk anak-anak tuan. Program yang dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dari kalangan GURU & MOTIVATOR mengamit anak-anak tuan untuk bersama mereka di sepanjang cuti. Daftarkan anak-anak tuan untuk menyertai mereka. Sila muatturun borang serta maklumat program di ruangan tepi dalam KOLUM KEM MOTIVASI 2013


Masjid Makmuriah perihatin .......


Sekian, wassalam.

1 comments:

akumann2803 said...

Tahniah

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates