Friday, July 23, 2010

[ "akhirnya" kuburnya berasap ]

Seusai solat subuh pagi tadi, imam Taib menghulurkan 1 bungkusan plastik dari kocek jubahnya. " Tapa, jangan lupa maklumkan pada Hassan, ada jenazah nak kita uruskan sebelum tengahari ini. Solat jenazah jam 11 pagi. Jika boleh awal sikit korek liang tu..! " pesan Imam Taib.

Ini kerana Hassan sudah 3 hari demam selepas kejadian hari itu. Maka sudah 3 hari juga dia tidak dapat bersolat subuh bersama. Mungkin masih terkejut dengan apa yg dialaminya mungkin.

Pesan imam Taib disampaikan kepada Hassan, alhamdulillah..Hassan sedikit pulih dan mengiyakan mampu utk melaksanakan kerja2 korek liang pagi itu. Lebih kurang jam 7.30 pagi selesai minum kopi di warung Hj. Hamad, maka bergerak lah mereka berdua dengan memikul cangkul dan penyodok ke tanah kubur di belakang masjid.

Demi melangsungkan amanah waris, jenazah pagi ini mahu dikebumikan disebelah pusara ibunya yang telah 5 tahun pergi ke alam baqa. Setibanya ke kawasan kubur,

" San, cuba kamu tengok...! Itu..kubor yang kita korek 3 hari lepas..!! " tiba-tiba gementar yang bukan kepalang menyelinap ke seluruh tubuh Tapa. " Subhanallah...!! asap apa yang keluar tu..!! "

" San..itu bukan asap orang bakar rumput, asap tu keluar dari kubur San..! " gersik Tapa dengan suara terketar-ketar. Hassan yang dari tadi terus tegak berdiri, terkejut tanpa menguit sedikit pun dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Matanya tajam terarah ke kubor yang digalinya 3 hari lepas.

Kubor itu milik jenazah wanita yang tanahnya keras macam batu, yang runtuh bila siap digali, dan menyempit bila keranda siap mahu diturunkan, digenangi air entah dari mana terbitnya..Allahuakbar ! Benar kata Tapa, kubur wanita itu memang berasap. Asap itu dari dalam tanah. Dari dalam kubur !

Hari itu gempar orang ramai di kampung itu tentang misteri asap keluar dari kubor. Apa tidaknya, aib itu tidak dapat dielakkan kerana pagi itu ramai yang datang ke masjid dan tanah perkuboran kerana ada mayat yg mahu dikebumikan. Ini kerana kubor itu terus mengeluarkan asap tanpa berhenti.

Iktibar apa yang mahu ditunjukkan oleh Allah swt. atas aib ini ? Maha Besar Allah swt. yang Berkuasa. Petang itu imam Taib segera menziarahi suami arwah serta keluarganya. Rupanya khabaran itu telah pun diketahui awal lagi oleh keluarganya. Sehari selepas mayat arwah isterinya dikebumikan. Kebetulannya, sehari selepas itu suaminya datang menziarahi pusara arwah isterinya di situ. Dan ketika ziarah itu, perkara benar itu dilihat, asap memang sudah mula keluar dari dalam tanah kubor betul2 dari lubang lahat jenazah arwah isterinya itu dikebumikan.

Dari apa yang diceritakan kepada imam Taib, sepanjang hidup arwah isterinya itu di dunia dapatlah diringkaskan seperti dibawah sebagaimana dimaklumkan oleh ibunya serta suaminya bahawa :

Isterinya itu selalu melawan suami. Derhaka kepada ibunya sendiri. Malah arwah isterinya juga seringkali memberitahu bahawa dia sering berzina dengan kawan-kawan lelakinya tanpa pengetahuan suami. Makan luar ! Itu perkataan tepatnya. Dia tidak puas bersama suaminya. Dan ketagihan zina itu berterusan.

Malah kegiatan itu sudah mendarah daging lagi sejak sebelum berkahwin dengan suaminya. Hal itu diceritakan oleh rakan2 arwah setelah berita kubornya berasap heboh tersebar di daerah itu. Sungguh benar, wanita yang juga arwah isterinya itu memang cantik dan putih orangnya. Tetapi oleh kerana sikap buas dan bebasnya itu maka kehidupan sosialnya sangat melampaui batas.

Oleh kerana arwah itu cantik dan seksi, maka ia cukup digilai oleh ramai lelaki termasuklah bos-bos besar kilang ditempatnya bekerja. Siapa yang tidak kenal Pulau Pinang yang terkenal dengan industri dan 'minah kilang' di era tahun 80-an dan 90an dahulu ? Kebetulan perisitiwa ini berlaku di negeri itu di daerah paling selatan dan bersempadan pula dengan negeri Perak.

Malah aktiviti 'makan luar' isterinya itu berterusan berlaku selepas berkahwin. Bukan hanya melayu, malah cina, benggali, mat saleh pun pernah menjamah tubuh seksi dan cantik arwah. Sehingga suatu ketika, arwah pernah termengandung anak haram, tetapi digugurkan di sebuah klinik swasta berhampiran Bayan Baru. Orang Penang mesti tahu klinik itu. Suaminya betul-betul seperti orang gajinya sahaja.

Ditambah lagi dengan sikap kurang ajar dengan ibunya sendiri, arwah terus jadi lupa daratan. Ibunya tidak ubah hanya dijadikan 'hamba'nya dirumah, pernah beberapa kali ibunya ditampar dan dipukul oleh arwah atas beberapa kesilapan kecil yang berlaku.

Ketika dimaklumkan bahawa kubor arwah anaknya berasap, ibunya hanya mampu menangis. Ini kerana dosa arwah terhadap ibunya itu memungkinkan dosanya tidak diampunkan oleh ibunya sendiri.

Setelah bermuafakat, bacaan yaasin dan tahlil diadakan pada setiap malam. Ini kerana kubor itu terus berasap hampir sebulan lamanya. Asap yang keluar pula berbau busuk. Seperti bau daging dipanggang. Alhamdulillah, setelah hampir sebulan bacaan yaasin dan tahlil diadakan, serta perbincangan keluarga antara suami dan ibu arwah, pada hari yang ke 33 tidak ada lagi asap keluar dari bumi, dari lubang kuboran arwah.

Kisah yang sungguh mengemparkan di daerah itu. Malah hampir 2 tahun kuburan itu tidak ditumbuhi sebarang rumput. Tanahnya hitam seperti terbakar. Permukaan tanahnya kontang dan merekah seperti dilanda kemarau yang panjang.

Iktibar yang dituliskan pada paparan hari ini sungguh besar untuk dimanfaatkan oleh pembaca ABO. Ia kisah benar dan telah terjadi. Jauhi zina, jangan derhaka kepada ibu sendiri, taati ibu kerana syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Hormati dan taatlah kepada suami, jangan berlaku curang, kerana kecurangan itu tanda berat untuk dosa yang lebih besar. Jangan derhaka kepada suami.

Dan Ingatlah bahawa balasan Allah swt. atas hambanya yang melampaui batas itu tidak terhijab, malah ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
___
(*) Kisah ini telah diceritakan oleh seorang alim, kepada penulis (radens) pada minggu lepas dan eksklusif untuk paparan di albanjari online dan dipanjangkan untuk blog jamekmakmuriah

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates