Sunday, November 11, 2012

Proram Pra Tahfiz 2012

Assalamualaikum ... Kullu Am Waantum Bikhair.

Muslimin yang dirahmati Allah. Musim cuti sekolah menjelang lagi. Seperti lazimnya ibubapa serta  penjaga mula mengira dan mencongak apa yang akan dilakukan oleh para anak-anak sepanjang cuti. Ramai anak-anak terbiar mengurus cuti tanpa panduan serta seliaan ibubapa serta penjaga walaupun ada dari kalangan penjaga yang perihatin. Hasilnya ramai anak-anak bercuti tanpa mendapat apa-apa manfaat dari cuti mereka. Rehat, game, lepak, tidur serta merayau dari awal pagi sehingga ke petang.

Pihak Masjid Makmuriah telah mengatur program untuk anak-anak tuan. Program yang dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dari kalangan Imam yang hafaz al Quran sekali lagi mengamit anak-anak tuan untuk bersama mereka di sepanjang cuti. Daftarkan anak-anak tuan untuk menyertai mereka. Sila muatturun borang serta maklumat program di ruangan tepi dalam KOLUM BORANG PRA TAHFIZ 2012.

Masjid Makmuriah perihatin...

Sekian, wassalam.

Template by:
Free Blog Templates