Monday, April 9, 2012

[ Senarai Sahabat-Sahabat yang dijanjikan Syurga ]


Tazkirah
"Bukan hanya 10 orang sahaja Sahabat yang dijamin masuk syurga, walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat (ra) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.

Sebagai contohnya: Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama. Saidina Abu Darda’ (ra) juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia. Saidina ‘Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.

Menurut hadis, umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh).

Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa ahli-ahli syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri daripada umat Saidina Rasulullah s.a.w. Perlulah kita fahami, andainya golongan yang dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada kalangan sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Ta’ala, maka betapa pula dengan golongan isteri-isteri Rasulullah s.a.w?, walhal mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini.

Hadis Nabi berkaitan ialah maksudnya
“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan, dengan katanya: Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar, (2)- Umar, (3)-Utsman, (4)- Ali, (5)- Zubair, (6)-Tolhah, (7)-Abdul Rahman, (8) – Abu ‘Ubaidah, (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas, maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu, di manakah lagi seorang?.

Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid: Demi Allah Wahai Abu A’awar! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya: Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga? “

Senarai 10 Sahabat-Sahabat yang dijamin masuk Syurga.
  1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
    Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

  2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
    Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

  3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
    Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

  4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
    Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

  5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
    Shahid Yang Hidup

  6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
    Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

  7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
    Orang Yang Berniaga Dengan Allah

  8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
    Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

  9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
    Orang Kepercayaan Ummat Ini

  10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
    Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

Template by:
Free Blog Templates