Sunday, August 1, 2010

[ bunyi aneh dari kubur ]

Untuk pengetahuan pembaca, seperti yang diceritakan kepada penulis bahawa arwah Kadeer ini berketurunan india muslim atau sekarang dkenali dengan panggilan 'mamak'. Sewaktu hidup arwah bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran milik rakannya di sebuah pekan kecil. Pekan kecil ini pula terletak di utara Perak, dipinggir sempadan negeri Kedah. Hanya dipisahkan oleh sungai. Oleh kerana ketika itu tidak banyak restoran dibuka di pekan kecil ini, maka sudah pastilah tumpuan orang ramai ke restoran Kadeer bekerja itu sangat luar biasa.

Antara masakan yang menjadi kegilaan pelanggan hasil tangan Kadeer tentulah masakan karinya yang sangat popular. 25 tahun lalu, lokasi restoran yang cukup strategik memang membuatkan pelanggan ke kedai makan itu tidak pernah putus. Diseberang jalan pula tersergam sebuah bank ternama, siapa yg tidak kenal bank yg berlambangkan harimau atau dikenali sebagai Malayan Banking.

Apa yang menghairankan rakan-rakan pekerja restoran itu, semua lauk-pauk yang berpuluh jenis itu hanya dibereskan olehnya seorang diri sahaja. Itulah hebatnya Kadeer. Oleh kerana hebatnya Kadeer dalam ilmu memasak, restoran itu begitu maju dan sentiasa beroleh untung berlipat ganda, rakannya yang menjadi taukeh sudah melihat bahawa aset penting restoran ini, tidak lain tidak bukan, Kadeer.., itulah aset penting dan tunjang majunya restoran ini, untuk tidak mahu Kadeer beralih arah, maka rakannya yang juga taukeh restoran ini telah menjodohkan adik perempuannya kepada Kadeer. Dengan adanya ikatan ini, sudah tentu Kadeer tidak akan kemana-mana lagi.

(*) Kerja-kerja mengali semula kubur arwah disambung semula selepas Maghrib. Orang ramai semakin ramai menumpu ke tanah perkuburan. Di dalam masjid, bacaan Yaasin untuk arwah juga turut diadakan. Waris arwah juga turut berada di situ. Bunyi ketukan masih kedengaran dari arah dalam kubur.

Mulut Imam Saufi tidak putus-putus kumat kamit dengan bacaan ayat-ayat suci. Juga kadang-kala beliau berdoa sambil menadah tangan mohon dipermudahkan urusan ini. Kini sudah lebih 20 minit tanah dicangkul dan dikorek. Permukaan papan keranda mula kelihatan.

Papan keranda pun dibuka. Imam Saufi, pegawai polis, doktor juga orang dari pejabat agama kini mengambil alih tugas. Yang peliknya, ketika papan penutup keranda dibuka, tidak langsung dilihat bahawa mayat ini 'hidup'. Cuma kedudukan mayat ini saja sedikit berubah. Hampir 15 minit kerja-kerja pengesahan dilakukan keatas mayat. Dan akhirnya mayat itu kekal disitu dan dikambus semula. Ada beberapa 'aib' yang tidak dapat dituliskan untuk bahan bacaan pembaca ketika mayat diselongkar dari kuburnya. Penulis memohon maaf.

Jam 9.30 malam, semua urusan berkaitan jenazah yang dianggap 'hidup' itu selesai sepenuhnya. Cuma bunyi 'aneh' itu terus kedengaran apabila kubur itu dikambus semula. Tidak siapa yang mampu menjawabnya. Ia terus menjadi misteri. Apa yang diketahui selama 40 malam bacaan Yaasin berterusan telah dibuat di masjid itu.

** Dari apa yang diketahui, arwah Kadeer ini sebenarnya 'membela' beberapa ekor jin sewaktu hayatnya. Kerana itulah ketika arwah hidup dan berada di dapur, tidak seorang pun pekerja restoran dibenarkan oleh arwah untuk masuk membantunya. Malah jika ada yang mahu tunjuk rajin mahu membantu, habis diherdik dimarahinya.

Ketika menyediakan makanan dan masakan, dipercayai Kadeer memasukkan 'benda-benda' kotor hasil bantuan jin belaannya ke dalam makanan. Kerana itulah rasa dan enak masakan Kadeer sangat luar biasa. Ketagihan pelanggan itu yang membuatkan restoran Kadeer ini cukup maju, masakan tidak..setiap lauk yang ada tidak mengambil masa lama untuk habis.

Ada orang kata, masakannya bercampur dengan air kencing jin. Itu yang jadi sedap dan jadi ketagihan kepada orang ramai nak makan di kedai mamak. Wallahu aklam.

Sebulan selepas kematian arwah Kadeer, restoran itu agak kurang dikunjungi pengunjung. Malah pelanggan-pelanggan tetapnya dahulu banyak yang sudah lari ke kedai lain. Masakan yang dihidangkan juga tidak lagi se'hebat' masakan Kadeer. Malah ketika waktu malam, ramai pekerja-pekerja nya cabut lari kerana tidak tahan melihat bayang 'Kadeer' yang sering berada diruang dapur restoran. Tukang masak yang mengantikan Kadeer yang cukup teruk di'ganggu'. Dari apa yang dimaklumkan kepada penulis, gangguan2 itu adalah kerana jin-jin belaan Kadeer kini tidak lagi 'bertuan'. Sebab itulah pekerja-pekerja restoran itu selalu bertembung dengan 'Kadeer' di dalam restoran itu ketika waktu malam. Selalunya selepas kedai ditutup. Memang menakutkan.

Seorang ustaz sekolah agama juga menceritakan pengalamannya ketika makan direstoran itu lewat 15 tahun yang lalu kepada orang 'perantara' yang menceritakan kisah ini kepada penulis bahwa beliau dapat melihat beberapa ekor 'jin' yang mulutnya terjelir dengan muntahan lendir berada disekeliling periuk letaknya lauk-pauk yang dihurung pelanggan. Sejak dari hari itu ustaz itu tidak lagi menjejakkan kaki ke restoran tersebut.

Selang 5 bulan kemudian, restoran mamak yang sangat popular di pekan kecil itu ditutup dengan rasminya. Ini kerana restoran itu tidak lagi dikunjungi pelanggan. Malah kematian Kadeer turut mematikan terus perniagaan restoran itu. Oleh kerana perniagaan resotran yang tidak lagi berdaya maju, maka pemiliknya telah menjualkannya kepada seorang cina.

Jika sekarang, restoran yang pernah menempatkan restoran mamak paling maju di pekan kecil ini satu masa dahulu, kini telah berubah menjadi kopitiam. Dan kematian Kadeer membawa bersamanya 'misteri' yang sehingga sekarang tidak terjawab oleh ramai orang.

Kepada yang gemar makan dikedai mamak, berhati-hatilah. Tidak mustahil apa yang 'Kadeer' miliki turut dimiliki pula oleh tukang masak mamak yang lain. Jangan sampai kita termakan 'najis' dan muntah jin. Ia lebih kotor dari najis yang kita keluarkan setiap hari. Wallahuaklam.

*) Kisah ini diceritakan oleh seorang pegawai pejabat agama(sudah pencen) kepada penulis baru-baru ini untuk slot Mayat dan Iktibar di albanjari Online

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates