Monday, May 21, 2012

[Bacaan Lengkap Setiap Maksud Ayat Sewaktu Kita Solat]


1. Takbiratul-Ihram / Takbir
--------------------------------
- Allah Maha Besar.

2. Doa Iftitah
---------------
- Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah
---------------
- Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4. Bacaan Ketika Rukuk
---------------------------
-Maha Suci Tuhan Ku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
-----------------------------------------
- Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Bacaan Ketika Iktidal
---------------------------
- Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

7. Bacaan Ketika Sujud
--------------------------
- Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
---------------------------------------------------
- Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9 Bacaan ketika Tahiyat Awal
----------------------------------
- Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
------------------------------------
- Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut
-----------------

- Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan-Mu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
 

Monday, April 9, 2012

[ Senarai Sahabat-Sahabat yang dijanjikan Syurga ]


Tazkirah
"Bukan hanya 10 orang sahaja Sahabat yang dijamin masuk syurga, walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat (ra) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.

Sebagai contohnya: Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama. Saidina Abu Darda’ (ra) juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia. Saidina ‘Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.

Menurut hadis, umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang. (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh).

Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa ahli-ahli syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri daripada umat Saidina Rasulullah s.a.w. Perlulah kita fahami, andainya golongan yang dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada kalangan sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Ta’ala, maka betapa pula dengan golongan isteri-isteri Rasulullah s.a.w?, walhal mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini.

Hadis Nabi berkaitan ialah maksudnya
“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan, dengan katanya: Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar, (2)- Umar, (3)-Utsman, (4)- Ali, (5)- Zubair, (6)-Tolhah, (7)-Abdul Rahman, (8) – Abu ‘Ubaidah, (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas, maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu, di manakah lagi seorang?.

Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid: Demi Allah Wahai Abu A’awar! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya: Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga? “

Senarai 10 Sahabat-Sahabat yang dijamin masuk Syurga.
  1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.
    Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

  2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
    Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

  3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
    Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

  4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
    Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

  5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
    Shahid Yang Hidup

  6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
    Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

  7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
    Orang Yang Berniaga Dengan Allah

  8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
    Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

  9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
    Orang Kepercayaan Ummat Ini

  10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
    Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

Template by:
Free Blog Templates