"Kegiatan anda pada menghasilkan sesuatu yang telah terjamin untuk anda, disamping itu anda meninggalkan sesuatu di mana anda telah dituntut (diperintahkan pada mengerjakannya) adalah menunjukkan atas (telah) butanya (tertutup) matahati anda."
Dalam penghuraian kalam hikmah Imam Ibnu Athaillah Askandary di atas,akan terjumpa perkataan berikut:
Ijtihad : takrifan ijtihad di sini adalah dari pegertian tasawuf, 'bersungguh-sungguh atau giat tanpa kenal letih dan lelah, di mana seluruh kekuatan kita diarahkan untuk memperolehi sesuatu yang tertuju.'
Taqshir : meninggalkan sesuatu yang dimaksudkan disebabkan kelalaian dan kurang perhatian. Atau tidak mengerjakan sesuatu dengan sempurna sesuai seperti apa yang dikehendaki tentangnya,tegasnya mengerjakan sesuatu setengah-setengah tanpa perhatian yang bulat.
Al-Bashiirah : matahati; sesuatu yang disebut dengan mata di dalam hati yang dapat menangkap segala sesuatu yang sifatnya maknawiyyah (yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera yang lima atau sebagainya).
Al-Bashar : mata jasmaniah dapat melihat menggunakan organ mata.
Perbezaan antara Al-Bashiirah dan Al-Bashar ialah: mata dapat melihat apa yang kita lihat,
tetapi matahati melihat sesuatu yang mata kita tidak nampak.
Kalam hikmah ini memberikan pengertian bahawa jangan kita mementingkan diri dalam mencari rezeki yang telah dijamin oleh Allah.
Kita boleh berusaha mencari rezeki yang halal, tetapi jangan sampai lupa diri, sehingga seluruh penghidupan tertumpu kepada urusan duniawi sahaja. Apabila tumpuan kita hanya terhadap duniawi sahaja pasti akan mengakibatkan kurang kesungguhan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban terhadap ajaran agama.
Sedangkan Allah SWT dengan kurniaNya dan kebaikkanNya telah menjamin rezeki hamba-hambaNya, seperti dalam firmanNya dalam Al-Quran surah Al-Ankabut, ayat 60; bermaksud
"Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezekinya sendiri, Tuhan yang memberinya makan dan (juga) memberi kamu, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu."
Firman Allah dalam Al-Quran, surah Thaha ayat 132 bermaksud;
"Dan suruhlah pengikutmu bersembahyang dan tetap mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (hanya) Kami yang memberi kamu rezeki dan akibat (yang Baik) adalah untuk ( orang yang) memelihara diri dari kejahatan."
Dua ayat ini memberikan pengertiankepada kita bahawa dalam masalah rezeki,kita tidak boleh susah. Sebab telah ada jaminan Allah SWT,asalkan kita terus berusaha dan berikhtiar dengan ketentuan dari tingkatan-tingkatan masing-masing.

Apabila masalah dalam mendapat rezeki telah sempurna jalannya, maka imbalan daripada itu, Allah SWT menuntut kita untuk melaksanakan amal ibadah berupa kewajiban-kewajiban kita terhadap Allah SWT dan mengerjakan amal-amal kebajikan. Dengan beramal ibadah, kita akan dapat sampai kepada kebahagiaan di akhirat yang kekal - baqa'. Dan dengan beramal ibadah juga kita akan dapat mendekati Allah, seperti Firman Allah di dalam Al-Quran, surah Adz-Dzaariyat, ayat 56 yang bermaksud :
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia selain supaya mereka itu berta'abud (mengabdikan diri) kepadaKu"
Kemudian dalam surah yang sama ayat 57-58, bermaksud:
"Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dia adalah Maha Pemberi rezeki, Yang Mempunyai Kekuatan yang teguh (luar biasa)."
Dari ayat di atas jelas menunjukkan Allah tidak ada keperluan dari kita sebagai makhlukNya, sebaliknya kita yang memerlukan pertolongan Allah. Allah menciptakan manusia dengan hikmah agar manusia pandai bersyukur dan berterima kasih kepadaNya dengan jalan beribadah. Mematuhi segala perintah-perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Sebab itu makin banyak kita beribadah, makin kita terasa kemanisannya.
Tanda-tanda orang yang tenggelam dalam berusaha pada apa yang telah dijamin oleh Allah, ialah:
a) Atta'assufu 'Alal Ghaa'ibi.
Yakni timbul penyesalan, apabila sesuatu yang telah diberikan oleh Tuhan dicabut kembali olehNya, samada dengan jalan hilang dicuri orang, dibinasakan dengan datangnya banjir, gempa bumi, tsunami atau musnah ditelan api dan sebagainya.
b) Faqdut - Taqwaa Fit - Tahshiili.
Yakni tidak ada taqwa dalam hati didalam mencari rezeki. Pendeknya asal dapat wang, halal haram tidak dikira.
c) Alghaflatu 'Anil Huquuqil Muta'akkidati Fis - Sababi.
Yakni lalai dalam masa mencari rezeki hingga mengabaikan kewajiban diri seperti menunaikan solat, berpuasa dan lain-lain lagi.
Sebab itu kita sepatutnya merasa bimbang sekiranya apabila rezeki bertambah, kita semakin sibuk hingga kadang-kadang solat terpaksa ditangguh dan dilenggahkan. Mula-mula kita lewatkan, lama kelamaan dengan kesibukkan menerima rezeki yang makin melimpah, solat mula ditinggalkan. Bukan sesuatu kenikmatan yang kita dapat sekiranya anugerah rezeki yang banyak dari Allah, tetapi dalam masa yang sama kewajiban diri kita tinggalkan. Berhati-hatilah...
Selalu muhasabah diri....
Tanda-tanda hamba Allah yang tidak tenggelam di dalam apa jua urusan hidup dan kehidupan:
a) Ar-Ridhaa Bil Waaqi'i
Yakni ridha pada apa yang terjadi. Apabila mendapat keuntungan besar, maka ia bersyukur kepada Allah SWT dan apabila mendapat cubaan dan ujian, maka ia bersabar dan menyerahkan diriNya kepada Allah SWT.
b) At- Taqwaa Fith- Thalabi.
Yakni selalu taqwa kepada Allah dalam mencari rezeki yang halal. Bermaksud amat prihatin segala sumber rezeki yang diperolehi samada halal atau haram.
c) Hifzhul Adaabi Fil-Asbaabi.
Yakni selalu memelihara hubungan sesama manusia, menjaga adap sopan, berhemah dalam berkata-kata, tidak menfitnah, tidak sentimen (beremosi) dan merasa sakit hati dengan sesuatu yang bukan sepatutnya, tidak menganiya orang lain semasa berusaha mencari rezeki yang halal.
Dengan ini jelaslah siapakah orang-orangnya yang diridhai oleh Allah didalam usaha dan ikhtiar mencari rezeki.
Kesimpulan:
Kalam Hikmah di atas menyarankan kepada kita, supaya tetap memelihara hati, agar selalu mendapat limpahan petunjuk dan tuntutan Allah dalam seluruh persoalan hidup yang kita hadapi. Dengan itu didalam kita berusaha dan berikhtiar mendapatkan rezeki yang halal, jangan sekali-kali kita lupa pada Allah dengan mematuhi dan mentaati segala suruhannya.
(Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang).
Sebaliknya ini adalah dalil mata hati telah buta dan tertutup, sehingga kebenaran dan keadilan dalam arti yang luas, gelap dan tidak kelihatan. Kebahagiaan yang kekal abadi yang selalu menjadi cita-cita para hambaNya yang soleh akan sirna dan lenyap sama sekali.
Na'udzubillahi min dzalik.
0 comments:
Post a Comment